KOTA KINABALU 7 Okt – Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok dilanjutkan sehingga 23 Okt ini, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah. OMAR MAMMAH Omar dalam kenyataan hari ini berkata, perintah berkurung dari pukul 6.00 petang sehingga pukul 6.00 pagi itu meliputi kawasan perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran. Beliau berkata, dengan berkuat kuasanya perintah…










