BENTONG – Seorang penyelia kasino di Genting Highlands dekat sini kerugian RM39,000 selepas ditipu individu menyamar polis ketika kejadian semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, wanita berusia 37 tahun itu dihubungi ‘Sarjan Tan’ melalui nombor 08047322122 pada Ahad lalu. “Melalui perbualan telefon, Sarjan Tan beritahu, pengadu (mangsa) terlibat kes pengedaran dadah dan pengubahan wang haram,” kata beliau menerusi kenyataan hari ini. Ujar beliau lagi,…