PUTRAJAYA 1 Okt. – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) memandang serius insiden kerosakan tangga bergerak (eskalator) di platform Stesen LRT KL Sentral, semalam yang mengakibatkan seorang wanita mengalami kecederaan. Menurut APAD, Pusat Kawalan Kemalangan Kereta Api APAD telah menerima Notis 24 jam daripada Rapid Rail Sdn. Bhd. selaras dengan kehendak syarat lesen pengendali dan peruntukan di bawah Seksyen 145 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. APAD juga jelasnya, telah mengambil tindakan…










