LONDON 2 Okt. – Sekumpulan ejen perisikan Arab Saudi yang didakwa membunuh wartawan Washington Post, Jamal Khashoggi dikatakan sempat bergurau sebelum mengerat mayat lelaki itu, Oktober tahun lalu. CNN Indonesia yang memetik peguam Britain yang juga anggota siasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Helena Kennedy sebagai berkata, kumpulan pembunuh berkenaan menggelar Jamal sebagai ‘haiwan korban’. Pendedahan itu dibuat selepas Kennedy mendengar rakaman perbualan yang diperoleh daripada pihak berkuasa Turki dari dalam…










