KOTA KINABALU – Hasil bedah siasat yang dijalankan terhadap bangkai gajah pigmi yang ditemukan mati di Sungai Udin, Dumpas di Kalabakan, pada Khamis lepas berpunca daripada peluru yang digunakan menembusi tengkorak gajah malang itu. Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah Augustine Tuuga berkata, di kiri dan kanan badan gajah itu terdapat kesan lebih kurang 70 peluru tabur, namun tidak menyebabkan kematian kepada gajah berkenaan. “Banyak kesan tembakan di badan tetapi itu…