PONTIAN 3 Okt. – Peluang pekerjaan di Tanjung Piai, di sini, dilihat semakin meluas khususnya untuk golongan muda terutama dengan berkembangnya sektor pelancongan di penghujung benua Asia ini. Kawasan Tanjung Piai bukan sahaja terkenal dengan dua taman negara iaitu Taman Negara Tanjung Piai dan Taman Negara Pulau Kukup, malah taman rekreasi seperti Pantai Rambah dan Teluk Kerang, turut mengundang pengunjung bukan setakat masyarakat sekitar dan tempatan tapi juga dari luar…










