KEMAMAN – Seorang pekerja kilang perabot maut selepas motosikal Honda Dash ditungganginya gagal mengelak lalu merempuh belakang sebuah lori treler yang rosak di lorong kecemasan di Kilometer 280 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Mak Lagam dekat sini semalam. Dalam kejadian pada pukul 5.35 petang itu, mangsa, Abdul Halim Abdullah, 27, yang menetap di Bandar Seri Bandi dekat sini meninggal dunia ke lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.…










