KUANTAN 2 Okt. – Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka) bakal menganjurkan Majlis Anugerah Tokoh Aktivis Kemasyarakatan bagi menghargai sumbangan aktivis masyarakat di negara ini. Presidennya, Datuk Paduka Zuhairi Ab. Kadir berkata, program julung kali itu dijangka diadakan pada bulan Disember ini di Putrajaya. “Pada majlis berkenaan, kita akan menyampaikan anugerah dan sijil kepada aktivis terpilih yang aktif membantu masyarakat dalam pelbagai bidang antaranya seperti kebajikan, hak asasi manusia dan alam…










