KEMAMAN – Seorang nelayan warga Thailand diselamatkan pekerja Pelantar Minyak North Larut milik Petronas dekat sini pada Sabtu lalu selepas tiga hari hanyut di Laut China Selatan. Mangsa, Manat Kim Im, 40, yang berasal dari wilayah Chaiyaphum, Thailand mendakwa telah terjatuh dari bot nelayan dinaiki sewaktu menangkap ikan di perairan negaranya pada 27 September sebelum dihanyutkan jauh hingga ke perairan negara. Pengarah Maritim Zon Kemaman, Rashidilhadi Abd. Rashid berkata, nelayan warga…










