JERANTUT – Seorang nelayan sungai terpaksa bertarung hampir 10 minit sebelum berjaya mendaratkan seekor ikan tapah seberat 35 kilogram di Kampung Pedah, di sini semalam. Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Farouk, 40, berkata, ikan tersebut ditangkapnya menggunakan kaedah menjaring pukul 1 tengah hari semalam di Sungai Pahang berhampiran kampungnya. “Saya bersama adik telah menjaring ikan berhampiran rumah kami dan ketika menarik jaring ke dalam bot, saya merasakan sesuatu yang…










