KUALA LANGAT 7 Okt. – Sebuah kilang memproses bahan kitar semula sisa plastik di Sungai Rambai, Jenjarom di sini menafikan mereka tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa sehingga berlaku pencemaran alam sekitar. Wakil syarikat Teguh Jaya Polymer Sdn. Bhd., Dzalman Zainal berkata, perkara itu bermula apabila kilang tersebut digunakan sebagai ‘model’ bagi laporan sebuah akhbar dengan lambakan guni berisi sisa plastik. “Dakwaan tersebut ternyata tidak berasas…










