KUALA LUMPUR 4 Okt. – Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) akan dilaksanakan secara mandatori bermula 1 Januari 2020, selaras dengan pengumuman kerajaan pada 24 Februari 2017. Menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), mandatori pensijilan MSPO bertujuan meningkatkan imej minyak sawit negara daripada perspektif kemampanan di samping memenuhi permintaan pasaran antarabangsa bagi minyak sawit yang disijilkan mulai 2020. Katanya, perkara itu selaras dengan usaha kerajaan untuk mengukuhkan komoditi sawit dan…










