PUTRAJAYA 2 Okt.- Sebanyak 30 kakitangan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) berjaya menawan Gunung Kinabalu pada Isnin lalu bagi mempromosikan Tahun Melawat Sepang 2020. Yang Dipertua MPSepang, Mohd. Fauzi Mohd. Yatim berkata, program berkenaan dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan bersama Unit Korporat dan Perhubungan Awam MPSepang. “Program berkenaan diadakan sebagai salah satu kaedah untuk mempromosikan Tahun Melawat Sepang 2020 dan juga sempena sambutan ulang tahun MPSepang ke-14. “Selain itu, program…










