KUALA LUMPUR 4 Okt. – Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B. Sathianathan memuji pendekatan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang serius untuk memajukan kualiti jurulatih-jurulatih tempatan dalam kancah Liga Malaysia. Semalam, Mesyuarat Lembaga Pengarah MFL yang dipengerusikan oleh Presiden Datuk Hamidin Mohd. Amin itu memutuskan kelayakan kejurulatihan Lesen B dan ke atas sahaja layak berdaftar dan memegang jawatan di dalam pasukan. MFL juga membuka ruang kepada pasukan yang ingin…










