CIF Inspektor Abdul Kalam Suhaimi berbaring di atas hammock sambil cuba memejamkan mata. Namun dia tidak dapat tidur. Sarjan Yusuf Omar dan enam lagi anggota Pasukan F berketurunan Cina turut gelisah di hammock masing-masing. Manakan tidak, kesemua mereka terpaksa bermalam di kawasan kem yang dihuni 14 pengganas komunis diketuai Ah Chor di hutan Ulu Kelantan, Kelantan. Logo Pasukan F Walaupun masing-masing mempunyai senjata, mereka hanya berlapan sementara pasukan musuh lebih…










