KUALA LUMPUR 7 Okt. – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mengumumkan bahawa Dasar Ekosistem Kandungan Digital (DICE) yang bakal diperkenal sedang menjalani proses keperluan serta pensindiketan yang diterajui oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). Mesyuarat peringkat tertinggi pada minggu lepas, yang menyaksikan penyertaan pemimpin kerajaan dan industri adalah sebahagian daripada proses membangunkan Dasar DICE 2020-2030 yang sedang dilaksanakan MDEC. “Matlamat utama penglibatan ini bertujuan mewujudkan kefahaman yang lebih mendalam terhadap…










