KUALA LUMPUR 2 Okt. – Malayan Banking Bhd. (Maybank) dinamakan sebagai antara bank paling selamat di Malaysia oleh majalah kewangan bulanan, Global Finance sebagai sebahagian daripada kaji selidik eksklusifnya yang akan diterbitkan dalam keluaran November 2019. Global Finance dalam kenyataannya berkata, selain Maybank, DBS Bank dari Singapura, Bank Islam Brunei Darussalam Brunei dan Bank Central Asia Indonesia juga berada dalam senarai bagi rantau Asia. “Bank-bank tersebut dipilih menerusi penilaian penarafan…










