KUALA LUMPUR 1 Okt. – Persatuan Kanu Malaysia (Masca) ‘tegak’ dengan pendirian untuk tidak mengubah apa-apa keputusan biarpun ada atlet mereka dilaporkan menarik diri daripada menyertai Sukan SEA 2019 disebabkan tawar hati. DATUK SERI MEGAT D SHAHRIMAN ZAHARUDDIN. Presidennya, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharuddin dalam satu kenyataan rasmi berkata, pihaknya menghormati keputusan atlet berkenaan dan percaya tindakan tersebut sebenarnya berlaku di luar pengetahuan Masca. “Bagi menjawab isu dibangkitkan atlet…










