KUALA LUMPUR 6 Okt. – Ketua Jurulatih Sri Lanka, Nizam Packeer Ali berkata, kekalahan 6-0 kepada Malaysia malam tadi menjadi pengajaran buat pemainnya sebelum bertemu Korea Selatan dalam aksi ketiga kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Khamis ini. Katanya, Harimau Malaya pasukan yang amat bagus dan menguji pasukannya di setiap posisi. “Malaysia bermain dengan sangat baik dan tekanan yang diberikan kepada kami sepanjang perlawanan akan memberikan pengalaman yang bagus sebelum…










