PUTRAJAYA 7 Okt. – Berita gembira buat Le Tour de Langkawi (LTdL) apabila Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) bersetuju menganugerahkan jelajah paling berprestij di Asia itu status Pro Series. Ini diumumkan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Wahab selepas Mesyuarat Jawatankuasa Induk LTdL di Kementerian Belia dan Sukan dekat sini hari ini. Katanya, ini adalah hasil usaha keras yang dilakukan Ahli Jawatankuasa Lembaga Pengurusan UCI yang juga naib…










