TANJUNG MALIM 1 Okt. – Sebuah lori tangki membawa muatan asik sulfurik pekat seberat kira-kira 25 tan terbalik di Kilometer 373 Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) arah selatan dekat Slim River, hari ini. Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, Mohd Fazrul Azwan Norman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.53 petang. “Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati terdapat sebuah lori tangki jenis isotank…










