LONDON 8 Okt. – Bekas penyerang Arsenal dan England, Paul Merson berkata, adalah mustahil Liverpool mampu kekal kebal sehingga akhir musim, biarpun skuad bimbingan Jurgen Klopp itu memulakan saingan Liga Perdana Inggeris dengan amat cemerlang. Reds memenangi kesemua lapan perlawanan musim ini, sekali gus melebarkan rekod kepada 17 kemenangan liga berturut-turut. Kata Merson, apa yang dilakukan oleh Liverpool sangat menakjubkan, namun mereka tidak akan mengulangi rekod ‘The Invincibles’ Arsenal yang…










