KUALA LUMPUR 1 Okt. – Saksi pendakwaan kesembilan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa lawatan Putera Raja Abu Dhabi pada 2013 diatur oleh ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho. Menurut bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, lawatan itu direncana bagi memberi sokongan politik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan bagi memberi keyakinan kepada pelabur dan rakyat Malaysia bahawa projek…