ARAU 4 Okt. – Pakatan Harapan (PH) boleh diibaratkan sebagai menjilat ludah sendiri jika berhasrat melaksanakan kembali cukai barang dan perkhidmatan (GST). Peniaga, Ku Mahzan Ku Ishak,34, berkata, sebelum ini PH menggunakan isu GST bagi menghasut rakyat sehingga mempengaruhi sokongan mereka untuk menukar kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Katanya, kerajaan PH sepatutnya mencari mekanisme baharu untuk meningkatkan pendapatan negara dan bukannya mengambil langkah melaksanakan GST…










