PETALING JAYA – Penyanyi, Datuk Hattan sebak sehingga terpaksa berhenti seketika tatkala mendendangkan lagu terbaharunya berjudul 5 Oktober. Lagu ciptaan Nazri Othman atau Jaybon dan lirik oleh Bob Lokman tersebut disifatkan sangat menyentuh jiwa kerana mengisahkan kerinduan Bob kepada anak sulungnya, Mohd. Adam yang meninggal dunia setahun lalu. Lebih bermakna, judul 5 Oktober juga dipilih sebagai simbolik setahun pemergian Adam pada tarikh sama pada tahun 2018. “Ketika saya menyanyikan lagu…










