KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) menyasarkan untuk terus mengurangkan jumlah hutangnya kepada antara RM35 hingga RM40 bilion menerusi aktiviti penjualan aset dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya percaya langkah itu berkesan memandangkan Khazanah telah berjaya mengurangkan jumlah hutang kepada RM47 bilion daripada RM55 bilion dalam tempoh setahun dengan strategi yang sama. Katanya, Khazanah kini sedang…










