PUTRAJAYA – Tindakan beberapa individu yang dipercayai melepaskan seekor kura-kura jenis ‘Alligator Snapping Turtle’ ke sebuah tasik berdekatan Taman Seri Empangan, Presint 5 di sini boleh mengancam ekosistem dan spesies hidupan air di lokasi berkenaan. Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, ini kerana kura-kura tersebut dikategorikan sebagai spesies invasive alien yang boleh mengganggu hidupan asal di lokasi tersebut. “Kura-kura ‘Alligator…










