SHAH ALAM 2 Okt.- Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tidak akan menggunakan tong sampah pintar (smart bin) buat masa ini memandangkan kos penyediaannya yang tinggi. Menurut Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim, buat masa ini pihaknya hanya akan membuat pemantauan manual secara berkala bagi memastikan tong sampah yang disediakan penuh atau sebaliknya. “Buat masa ini pelaksanaan tong sampah pintar tidak dilaksanakan lagi memandangkan kosnya tinggi. Mungkin pelaksanaan dijalankan secara…










