PATNA – Jumlah kematian di timur India akibat hujan monsun berterusan meningkat kepada hampir 140 orang, kata pihak berkuasa semalam pada ketika aliran air kotor menenggelamkan sejumlah hospital dan sekolah. Jabatan Meteorologi India (IMD) menyifatkan situasi hujan monsun semasa adalah paling lebat sejak tahun 1994, mengklasifikasikannya sebagai ‘luar biasa’ dan lebih panjang bagi tahun ini. Seramai 111 orang terbunuh di Uttar Pradesh manakala 28 lagi terkorban di negeri jirannya, Bihar…










