KUALA LUMPUR 3 Okt. – PKR mengesahkan parti itu masih belum dijemput ke Kongres Maruah Melayu yang akan diadakan di Stadium Malawati Ahad ini. Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, pihaknya hanya bergantung kepada laporan media mengenai sebarang perkembangan mahupun makluman kongres itu. “Saya pun tiada maklumat, kalau pihak media dapat maklumat.. saya semalam dengan Kak Wan (Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) tiada pula beritahu apa-apa.…










