LIVERPOOL 6 Okt. – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp melepaskan geramnya ke atas pemain Leicester City, Hamza Choudhury yang bertindak mencederakan penyerangnya, Mohamed Salah ketika kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal hari ini. Kata pengendali dari Jerman itu, Choudhury sepatutnya dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan dan bukannya kad kuning seperti mana yang berlaku kerana ia satu kesalahan serius. Salah dilhat terhencut-hencut keluar dari padang untuk digantikan dengan…










