SEBUT sahaja poligami pasti membuatkan rata-rata kaum lelaki tersenyum lebar. Namun harus diingati, di sebalik keindahan beristeri lebih daripada seorang, terselit tanggungjawab besar harus digalas. Ini kerana, apabila seseorang lelaki itu mahu berpoligami maka dia harus memenuhi syarat-syarat berpoligami iaitu adil dan mampu. Menurut Dr. Nik Rahim Nik Wajis, syarat adil ini dititikberatkan dalam Islam sehinggakan jika seseorang lelaki merasakan dia tidak mampu berlaku adil, maka dilarang untuk berpoligami. Beliau berkata, biarpun poligami diharuskan dalam Islam tetapi hukumnya berubah menjadi makruh sekiranya suami ragu-ragu kemampuan untuk berlaku adil terhadap isteri-isteri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya