KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini bahawa idea Terengganu Investment Authority Berhad (TIA), yang dirubah menjadi 1Malaysia Development Berhad, dicetuskan di Abu Dhabi. Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata, ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low membawa Yang Di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Mizan Zainal Abidin ke Abu Dhabi untuk menyaksikan bisnes Mubadala Development Company (Mubadala), dana…










