KOTA KINABALU 1 Okt. – Kerajaan negeri Sabah akan memberi tumpuan kepada pembangunan pelabuhan air dalam di Kudat sebagai sebahagian daripada rancangan merancakkan kawasan utara Sabah dan mewujudkan pusat strategik lain bagi perdagangan. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kerajaan bercadang menjadikan Kudat sebagai pusat tumpuan bagi akuakultur dan pertanian menerusi perdagangan langsung dengan China, Vietnam, Indonesia dan Hong Kong. Beliau berkata, Sabah menerima manfaat daripada rancangan Indonesia…










