Laporan Pekerjaan Masa Hadapan 2018 yang dirumuskan World Economic Forum menjangkakan 133 juta jenis pekerjaan akan pupus akibat peralihan teknologi yang dibawa Revolusi Industri 4.0. Malaysia juga tidak terkecuali daripada impak ini yang akan menjejaskan penyertaan tenaga buruh serta meningkatkan kadar pengangguran dalam kalangan rakyat Malaysia. Kerajaan perlu memikirkan jalan penyelesaian dalam menangani arus Revolusi Industri supaya rakyat tidak menjadi korban kepada pembangunan teknologi yang akhirnya akan mewujudkan jurang pendapatan…










