PETALING JAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini memberi jaminan kepada rakyat bahawa kerajaan akan mentadbir negara ini mengikut peraturan undang-undang dan bukan menurut beliau, yang berlandaskan undang-undang zalim seperti pentadbiran sebelum ini. Perdana Menteri berkata, rakyat akan berasa selamat apabila kerajaan yang memerintah negara ini mengikut peraturan undang-undang. “Undang-undang yang zalim menjadikan rakyat berasa amat tidak selamat kerana mereka boleh ditangkap dan ditahan tanpa perlu dibawa ke mahkamah…










