JAKARTA 7 Okt. – Lebih 16,000 penduduk bandar di wilayah Papua melarikan diri selepas kekacauan yang berlaku. Menurut tentera, berpuluh orang terbunuh dalam kekacauan itu di bandar Wamena bulan lalu. Sejak pertengahan bulan Ogos lalu, Papua dilanda protes besar-besaran dan kekacauan dibakar dengan rasisme terhadap penduduk asal Papua dan seruan untuk memerintah sendiri. – AFP










