SHAH ALAM 1 Okt. – Penduduk Selangor yang berpendapatan isi rumah RM4,000 ke atas tetapi tinggal dalam satu kediaman yang mempunyai ramai ahli keluarga, masih berpeluang untuk menikmati air percuma pada tahun depan. Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, pemilik kediaman atau ketua keluarga tersebut boleh memohon kemudahan itu dengan menyertakan bukti berkaitan. “Satu-satu kediaman yang mempunyai ramai penghuni atau anak dan rasa mereka layak mendapat air percuma masih boleh…










