KUALA LUMPUR 2 Okt. – Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berkata Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah menerima kira-kira 700 hingga 800 borang daripada penduduk Kampung Baru berhubung pembangunan semula kawasan itu. Beliau berkata daripada jumlah borang itu, kira-kira 90 peratus pemilik tanah bersetuju dengan tawaran RM850 bagi setiap satu kaki persegi oleh kerajaan. “Setakat ini, kita dimaklumkan telah ada 700 hingga 800 borang yang dikembalikan kepada pihak PKB…










