IPOH 1 Okt. – Semua pihak diminta tidak mengambil kesempatan untuk mempolitikkan isu berhubung sebuah sekolah di negeri ini yang didakwa menggunakan bahasa Cina sepenuhnya ketika kursus Pendidikan Seni Visual (PSV) sepertimana yang tular di media sosial baru-baru ini. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains dan Alam Sekitar negeri, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, pihak-pihak yang tiada kaitan juga tidak perlu cepat melatah atau mengeluarkan kenyataan menghentam tanpa mengetahui kedudukan sebenar. Ujar…










