“SETIAP kali keluar filem adiwira, saya mesti terpacak depan panggung kerana sangat menyanjung watak mereka. Jika Tuhan izinkan, saya mahu jadi adiwira yang berkuasa luar biasa untuk selamatkan manusia. Namun apakan daya, saya hanya manusia biasa.” Dalam khayalan manusia, adiwira adalah watak penyelamat manusia yang dikurniakan kuasa atau kebijaksanaan serta keazaman luar biasa. Mereka menggunakan kelebihan itu untuk membantu manusia dalam kesusahan. Dahaga kepada fiksyen adiwira deras sekali dieksploitasi oleh…










