SELEPAS separuh daripada keluarganya terbunuh akibat konflik di negara sendiri, Mohammad Brouk nekad untuk keluar dari Homs, Syria bagi menyelamatkan diri. Dari Lubnan dia dan keluarganya berpindah ke Turki dan kemudian mendapat status pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk ditempatkan ke negara ketiga. Selepas dua tahun lapan bulan, impiannya untuk memulakan hidup baru menjadi kenyataan apabila Britain bersedia menerima mereka. Namun apabila tiba di negara itu, ia tidak seindah seperti yang diharapkan. Dia dan keluarganya tidak bernasib baik kerana berterusan menjadi mangsa perkauman dan sentimen antipendatang. Kejadian pada Ahad lalu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya