KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengakui sudah lama isu rasuah, salah guna kuasa serta penagihan dadah membelenggu pasukan keselamatan itu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan isu integriti tersebut membabitkan ramai warga polis, namun beliau tidak memberitahu jumlah mereka yang terlibat. Abdul Hamid berkata, pihak polis mesti berani mengakui hakikat tersebut bagi memastikan pasukan beruniform itu mencapai misi kepolisan bertaraf dunia. “Rasuah, salah guna kuasa,…










