BAHAGIAN AKHIR – Satu daripada kebimbangan yang sering diutarakan oleh Amnesty International tentang penyalahgunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ialah mengenai risiko seseorang tahanan itu akan diseksa dan dilayan tanpa berperikemanusiaan yang mencabuli Konvensyen Geneva. Amnesty melalui buku Malaysia Hak Asasi Dipertikaikan: Undang-undang mengongkong Kebebasan di Sebuah Negara Demokrasi Berparlimen (2003) menyatakan, hak untuk dilindungi dari penyeksaan atau layanan buruk adalah hak asasi yang langsung tidak boleh diketepikan walaupun ketika…










