IPOH – Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor ditahan selepas melepaskan satu das tembakan di luar sebuah rumah di Taman Merdeka di sini semalam berpunca daripada perselisihan faham mengenai ikatan pertunangan. Dalam kejadian kira-kira pada pukul 6.30 petang itu, pegawai berusia 29 tahun itu dikatakan mengamuk sebelum melepaskan tembakan dan terkena pada kaki seekor anjing peliharaan tunangnya. Dia yang bertugas di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ), Wang Kelian itu kemudiannya…










