JAKARTA 1 Okt. – Indonesia membatalkan rancangan untuk melarang pelancong daripada mengunjungi pulau Komodo, sebaliknya akan mengehadkan jumlah pelancong serta menaikkan harga tiket masuk, sekali gus menjadikan lokasi terbabit sebagai destinasi premium. Tahun lalu, kerajaan Indonesia mahu menutup pulau berkenaan bermula tahun hadapan berhubung kebimbangan kebanjiran pelancong akan menjejaskan spesis tersebut. Namun penutupan pulau itu akan memberi kesan kepada industri pelancongan dan ribuan penduduk di pulau terbabit terpaksa dipindahkan. “Kami…










