JAGUH lompat tinggi negara, Lee Hup Wei membuktikan bahawa keputusan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) yang memilihnya beraksi di Kejuaraan Olahraga Dunia 2019 atas tiket wildcard adalah satu tindakan yang tepat, apabila dia menjadi atlet pertama negara layak beraksi di pentas final pada Sabtu ini. Hup Wei, 32, berjaya menempah tiket kelayakan ‘bukan automatik’ dalam acara saringan Kumpulan B setelah melepasi ketinggian 2.29 meter (m) pada percubaan terakhir di Stadium Antarabangsa…










