Kongres Maruah Melayu telah berakhir semalam dan natijahnya pada saya jelas iaitu ia sekadar menutup kegagalan pemimpin hari ini dengan menyalahkan orang Melayu. Saya ulangi keyakinan saya sebelum kongres tersebut bahawa kongres ini hanyalah manfestasi kegagalan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dan pemimpin-pemimpin Melayu. Negara ini pernah melahirkan dan menyaksikan ramai pemimpin-pemimpin Melayu yang berjaya. Pemimpin-pemimpin itu adalah mereka yang menyelamatkan negara d ari penjajah. Mereka juga berjaya membina Malaysia…










