PUTRAJAYA – Kerajaan akan mengapungkan semula harga runcit petrol RON95 bermula awal tahun hadapan selepas pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP) pada 1 Januari 2020. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, harga bahan api itu akan dikekalkan pada kadar RM2.08 sehingga 31 Disember ini. Jelasnya, bermula tahun depan, harga petrol RON95 akan diapungkan secara berperingkat sehingga setara dengan harga pasaran. “Bagi penduduk di…










