MADRID 18 Okt. – Penyerang remaja sensasi Red Bull Salzburg, Erling Braut Haaland dilaporkan telah menolak permintaan Cristiano Ronaldo untuk menyertai Juventus musim depan. Menurut majalah bola sepak Sepanyol, Don Balon, penyerang berusia 19 tahun itu tidak bercadang untuk meninggalkan kelab Austria tersebut dalam masa terdekat. Haaland mencuri tumpuan bola sepak Eropah apabila meledak 18 gol (termasuk empat hatrik) dalam 11 penampilan bersama Salzburg musim ini. Dia meledak gol pertamanya…










